Sunday 27 January 2013

Langkah-langkah menukar minyak pelincir kereta.

Dalam melakukan kerja menukar minyak pelincir kereta, anda perlulah mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang kerja ini. Jika anda memang tiada langsung ilmu tersebut, maka di sini ada sedikit tips atau langkah kerja untuk menukar minyak pelincir kereta.

Keperluan:

Bahan : 1) Minyak Pelincir Enjin
            2) Penapis Minyak Pelincir (Oil Filter)
            3) Drain Plug Washier

Alat/Perkakas : 1) Item Perlindungan Kederaan

      • Pelapik sisi kenderaan (Fender Cover)
      • Lapik Lantai ( Floor Mats)
      • Seat Cover (Pelapik kusyen)
      • Steering Cover (Pelapik Stereng)      
                        2) Peralatan Perlindungan Diri
     
      •  Baju Bengkel
      • Sarung tangan (kain)
      • Kasut keselamatan (Safety Boot)
                        3) Alatan Tangan
      • Common Ring @ Socket Spannar
      • Special Tool (Pembuka Penapis minyak pelincir)
                        4)  Penyangga
      • Jek buaya 
      • Penyangga Keselamatan (Safety Stand)
                        5) Takungan minyak (waste oil pan)

                        6) Kain perca (Cotton waste)

Metodologi :

1) Pastikan mengikut manual kenderaan tersebut ( Bagi kenderaan yang tertentu) .
                     

    2) Memasang peralatan perlindungan kenderaan dan memakai peralatan perlindungan diri


Fender Cover
Seat Cover
Floor Mats
Steering Cover
Pakaian Bengkel

Kasut keselamatan
Sarung Tangan

3) Jek kenderaan menggunakan hidraulik jek/jek buaya


4) Memasang sangga keselamatan (Safety Stand)


                     Pastikan stand diletakkan pada kedudukan yang betul dan rata pada bahagian bawah kenderaan supaya lantai kenderaan tidak kemek (Rujuk buku manual kenderaan sekiranya ada)        

5)  Membuka skru buangan minyak pelincir (drain plug) pada bahagian takungan minyak enjin ( Oil Sump)

              Minyak buangan tadi ditakung menggunakan bekas dan pastikan tidak melimpah. Buka penutup tempat pengisian minyak untuk tujuan pengaliran udara supaya minyak mengalir keluar dengan lancar.

6) Membuka penapis minyak pelincir (Oil Filter)

              Spanar khas diperlukan untuk membuka penapis minyak ini (Oil filter wrench)

7) Memasang semula drain plug dan oil filter (yang baru)

8) Jek kenderaan dan keluarkan sangga keselamatan, kemudian turunkan kenderaan.

9) Memasukkan minyak pelincir yang baru pada bahagian pengisian minyak.

Gred Minyak enjin yang digunakan hendaklah mengikut kesesuaian enjin. (rujuk manual servis kenderaan)

9) Menyukat kuantiti minyak pelincir yang dimasukkan melalui penyukat minyak pelincir (oil dipstick)

Pastikan minyak berada pada aras penuh pada bahagian penanda aras dipstick.

10) Start enjin kenderaan dan lihat kebocoran pada bahagian drain plug dan oil filter jika ada.

11) Menampal pelekat servis pada cermin kenderaan untuk tujuan servis seterusnya.

Friday 25 January 2013

Apakah yang di maksudkan oleh SAE 10W 40??

Berikut merupakan maksud pengkodan bagi SAE 10W 40

SAE = Society Of Automotive Engineering,
10 = Kelikatan ketika waktu sejuk,
W = Winter,
40 = Kelikatan ketika waktu panas.

Pengkodan ini juga dikenali sebagai indeks kelikatan yang mana mengukur sejauhmana kelikatan sesuatu pelincir berubah mengikut suhu. Indeks kelikatan bagi SAE 10W40 adalah kategori "Multiple-Viscosity-Oil". Kebanyakan pengeluar kenderaan pada hari ini mengesyorkan penggunaan pelincir daripada kategori ini untuk sebarang keadaan pemanduan.

Selain itu, terdapat juga indeks kelikatan yang lain contohnya SAE 15W dan SAE 30. Bagi SAE 15W ialah kategori "Single-Viscosity Oil" dan SAE 30 ialah untuk keadaan bukan winter.